LONDON 29 Ogos – Sempena undian Liga Juara-Juara yang diadakan di Monaco malam ini, badan bola sepak Eropah (UEFA) akan turut mengumumkan pemenang anugerah Pemain Terbaik Eropah. Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk dianggap pilihan untuk mengatasi dua bintang penyerang, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Tahun lalu, Luka Modric menamatkan penguasaan Ronaldo dan Messi yang bersilih ganti memenangi anugerah tersebut sejak beberapa tahun lalu. Kali ini, Van Dijk, 28, berpotensi mengulangi kejayaan Modric selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Liverpool dan Belanda musim lalu. Pencapaian terbesar Van Dijk adalah membantu Liverpool merangkul Liga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya