KUALA LUMPUR 28 Ogos – Skuad negara gagal mempertahankan pingat emas acara berpasukan pada Kejohanan Boling Wanita Dunia 2019 selepas tidak berjaya melangkah ke saingan separuh akhir di Las Vegas, Amerika Syarikat, hari ini. Wakil negara dianggotai pemain elit Sin Li Jane, Esther Cheah, Natasha Roslan, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi melakarkan 6,157 jatuhan pin untuk menduduki tempat kelapan daripada 26 pasukan. Berdasarkan format pertandingan, hanya empat pasukan terbaik layak ke separuh akhir yang dijadual berlangsung esok (Jumaat di Malaysia). Bagaimanapun, Siti Safiyah Amirah dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya