KANGAR 29 Ogos – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan RM81,330 lagi peruntukan tambahan untuk ‘fasa kedua’ bantuan zakat kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana ribut melanda negeri Perlis pada 9 Ogos 2019 baru-baru ini. Ia menjadikan jumlah penuh sumbangan MAIPs yang diagihkan setakat ini iaitu bagi fasa pertama dan kedua sebanyak RM742,491. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan fasa kedua tersebut yang disekalikan bersempena dengan program ‘Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 20 bagi tahun 2019’ yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya