SEREMBAN 29 Ogos – Derita kira-kira 1,200 penduduk yang berdepan masalah lif rosak sejak enam tahun lalu di Rumah Pangsa Tun Dr. Ismail, Lobak di sini bakal berakhir apabila kerajaan negeri bersetuju memasang lif baharu di perumahan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kesemua empat unit lif yang digunakan sejak 55 tahun lalu akan diganti dengan lif baharu yang mempunyai spesifikasi keselamatan terkini dan dianggarkan menelan kos RM2.2 juta. Menurut beliau, pada masa ini dua daripada lif tersebut mengalami kerosakan dan tidak berfungsi malah kerap berlaku kejadian penduduk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya