KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kini anak perempuannya pula diarah membayar RM10.3 juta cukai pendapatan yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017. Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lepas di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, dengan menamakan Nooryana Najwa Mohd Najib, 31, sebagai defendan. Mengikut penyataan tuntutan itu, Kerajaan Malaysia mendakwa Nooryana Najwa gagal mengemukakan Borang-Borang Nyata Orang Perseorangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya