LONDON – Pengendali Chelsea, Frank Lampard gembira dengan aksi Christian Pulisic ketika dia membantu The Blues menang 5-3 dalam aksi persahabatan menentang Salzburg. Bintang Amerika Syarikat (AS) itu beraksi cemerlang dengan meledak dua jaringan selain menghadiahkan penalti kepada The Blues yang kemudiannya disempurnakan Ross Barkley. Prestasi semasa Pulisic di kawasan gol sangat memberangsangkan dan Lampard teruja dengan persembahan bekas pemain Borussia Dortmund itu. “Saya kagum dengan cara dia menjaringkan gol.…










