THIRUVANANTHAPURAM 9 Ogos – Banjir yang telah mengorbankan lebih 20 nyawa memaksa penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Kochi di Kerala, hari ini. Menurut pihak berkuasa, lapangan utama tersebut yang popular bagi pelancong akan kekal tutup sehingga Ahad nanti dengan air menaiki landasan penerbangan ketika ini. Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan memberi amaran kepada orang awam bahawa pintu empangan mungkin perlu dibuka dalam masa terdekat dengan ramalan cuaca hujan berterusan beberapa hari…









