FIRMAN Allah SWT maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (al-Kauthar: 2) Umat Islam bakal menyambut Aidiladha pada Ahad (11 Ogos 2019) ini. Perayaan yang juga dikenali hari raya haji itu merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh Muslim berkemampuan untuk lakukan ibadah korban. Begitu juga bagi golongan fakir miskin yang ingin merasakan daging segar. Amalan korban sama ada sembelih lembu, kerbau, kambing atau unta amat…










