LIVERPOOL – Selepas merangkul trofi pertama bersama Liverpool pada saingan Liga Juara-Juara musim lalu, pengurus The Reds, Jurgen Klopp menjadikan perlawanan Perisai Komuniti sebagai sasaran seterusnya untuk menjulang piala. Liverpool yang mengharungi aksi pramusim tidak menentu tekad untuk membawa pulang trofi Perisai Komuniti ke Anfield apabila dijadualkan menentang juara Liga Perdana England (EPL), Manchester City di Stadium Wembley Ahad ini. Meskipun ramai menganggap saingan Perisai Komuniti sebagai aksi pembuka tirai, namun Klopp menegaskan, perlawanan itu akan dianggap sebagai perlawanan akhir dan beliau sedia untuk memenangi trofi kedua bersama Liverpool. “Bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya