KEMAMAN 31 Ogos – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat menafikan dakwaan beliau dalam keadaan tenat setelah menjalani prosedur pemindahan buah pinggang di China baru-baru ini. Hanafiah berkata, penyebaran khabar angin di laman sosial mengenai tahap kesihatannya itu adalah tidak benar kerana keadaannya bertambah pulih dan dijangka kembali bertugas pada 1 November depan. Katanya, segala urusan pembedahan pemindahan buah pinggang pada 31 Julai lalu…










