KUALA LUMPUR 29 Ogos – CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.50 bilion pada suku kedua 2019 didorong oleh pertumbuhan pinjaman di Malaysia termasuk pendapatan pasaran serta perbendaharaan yang lebih baik. Kumpulan itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, ia mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.98 bilion pada suku sama tahun lepas. Bagi separuh pertama tahun ini, keuntungan bersih adalah sebanyak RM2.70 bilion, susut daripada RM3.28 bilion sebelumnya.…










