PUTRAJAYA 27 Ogos- Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam bagi mempromosi dan menggalakkan pembangunan kewangan Islam di negara ini. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, beliau akan mempengerusikan jawatankuasa tersebut yang turut dianggotai oleh sembilan lagi pakar kewangan Islam. Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu adalah bermatlamat untuk mengukuhkan lagi hala tuju bagi mempromosikan Malaysia sebagai peneraju global dalam sektor kewangan Islam. “Jawatankuasa ini akan memberi tumpuan kepada pasaran sukuk serta mengukuhkan usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan bagi sektor kewangan Islam. “Kita akan memberi tumpuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya