KUALA LUMPUR 28 Ogos – Tekanan akibat lambakan kerja sekolah, pengaruh aplikasi permainan video atau faktor kemurungan, adalah antara perkara yang sedang dilihat kerajaan bagi mengenal pasti punca pelajar sekolah bertindak nekad sehingga sanggup membunuh diri. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, permasalahan itu penting untuk diketahui bagi memastikan pelajar yang mempunyai masalah atau berdepan tekanan dapat dibantu dari awal bagi mengelak mereka mempertaruhkan nyawa…










