KEMERIAHAN sambutan Aidiladha baru-baru ini turut dirasai oleh penduduk dari perkampungan Orang Asli Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor apabila mereka diraikan dalam majlis korban diadakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin. Majlis korban anjuran Dewan Sosio Budaya, Majlis Dakwah Negara Wilayah Persekutuan dan Pertubuhan Kebajikan Insan Selangor itu melibatkan tiga perkampungan iaitu Kampung Orang Asli Pulau Indah, Kampung Orang Asli Pulau Ketam dan Kampung Orang Asli Bagan Hailam. Program bermula seawal pukul 8.30 pagi dengan melaksanakan solat sunat Aidiladha di dewan orang ramai kampung tersebut seterusnya aktiviti menyembelih,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya