KUALA LUMPUR – Penyanyi Elyana terpaksa menerima jahitan pada bahagian kepala selepas mengalami kecederaan kecil ketika menjalani penggambaran telemovie Aneh malam semalam. Perkara itu dikongsikan Elyana, 32, menerusi Instagramnya sebentar tadi sambil berkongsi video ketika dia mendapatkan rawatan jahitan pada kepalanya. “Hari ini ada kejadian tidak diingini berlaku ketika di set penggambaran Aneh. Saya mengalami kemalangan kecil yang tidak diduga. Tetapi tidak mengapa, semuanya ada hikmah Insya-Allah,” katanya. Tambah pelantun…










