KUALA LUMPUR 28 Ogos – Sebuah lif yang terjatuh di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Pantai Dalam di sini pada 2 Ogos lalu disebabkan kegagalan sistem brek. Perkara itu disahkan Kementerian Wilayah Persekutuan yang menjelaskan terdapat kerosakan pada komponen brek lalu menyebabkannya gagal mencengkam lif dengan baik. Menterinya, Khalid Abdul Samad, berkata, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) yang melakukan siasatan berjaya mengesan punca lif tersebut jatuh. “DOSH mendapat plunger pada brek dikesan tersekat, justeru ia tidak berfungsi kerana sebahagiannya terhakis. Bagaimanapun masalah itu tidak menjejaskan keseluruhan sistem brek,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya