NEW YORK 29 Ogos – Biarpun bergelut dengan kecederaan bahu namun itu bukan masalah besar buat pemain No.1 dunia Novak Djokovic untuk melepasi pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat apabila berupaya menewaskan Ignacio Londero, awal pagi tadi. Dalam perlawanan tersebut Djokovic meraih kemenangan dengan keputusan 6-4, 7-6, 6-1 di Stadium Arthur Ashe. Sewaktu permulaan permainan dapat dilihat Djokovic menjalani rawatan di tepi gelanggang ketika mendahului 4-3 sebelum memenangi set pembukaan. Selepas ini Juara 16 kali kejohanan grand slam itu akan bertemu sama ada Dusan Lajovic atau Denis Kudla dalam pusingan seterusnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya