JAKARTA 28 Ogos – Sebuah kapal kargo membawa kira-kira 24 krew dilaporkan hilang dari perairan di kepulauan Maluku, Indonesia, kata pihak berkuasa hari ini. Kapal seluas 190 meter, yang membawa muatan nikel, dalam perjalanan dari pulau Halmahera ke pulau Sulawesi, sempat menghantar isyarat kecemasan sebelum terputus hubungan radio, minggu lalu. Ketua pasukan mencari dan menyelamat, Muslimin Samaila berkata, keadaan laut bergelora menyukarkan operasi menyelamat sebelum ini, untuk menuju ke kawasan terpencil di kepulauan itu yang merupakan lokasi terakhir kapal dikesan. – AFP.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya