KUALA LUMPUR 31 Ogos – Hampir 70,000 pengundi di Parlimen Tanah Merah, Kelantan, bakal menerima sumbangan kain pasang daripada Ahli Parlimen, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dalam masa terdekat. Ikmal Hisham berkata, sumbangan itu akan diagihkan secara berperingkat-peringkat di kesemua tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Tanah Merah bermula penghujung September sehingga akhir tahun ini. Menurutnya, pemberian sumbangan itu sebagai tanda kesyukuran apabila projek persimpangan bertingkat bernilai kira-kira…










