JOHOR BAHRU, 28 Ogos – Kesatuan Ragbi Johor (JRU) meletakkan harapan tinggi untuk meraih pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) tahun hadapan. Presidennya Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata sasaran itu diperkuatkan lagi apabila Johor menjadi tuan rumah penganjuran sukan dwitahunan yang memasuki edisi ke-20. Beliau berkata pihaknya kini sedang giat mengenal pasti pemain berpotensi serta bakat-bakat baharu sebelum memuktamadkan pasukan negeri pada Januari tahun depan. Menurutnya, pencarian itu turut melibatkan skuad ragbi wanita yang bakal beraksi untuk tahun kedua selepas membuat kemunculan sulung dalam temasya sukan itu di Perak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya