TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Peribahasa itu sesuai untuk menggambarkan situasi yang berlaku kepada penyanyi dan pelakon Mark Adam baru-baru ini. Ia berikutan tindakan Mark melakukan body shaming atau mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan fizikal pengacara program Big Stage, Sherry Alhadad sewaktu menjadi juri rancangan itu yang disiarkan secara langsung minggu lalu. Ikuti perbualan antara Mark dan HITS yang berpeluang bertemu dengannya bagi menjayakan sesi fotografi di Studio…










