GANGGUAN sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama empat hari bermula 21 Ogos lalu benar-benar mengejutkan banyak pihak, lebih-lebih lagi kalau tidak silap, sejak lapangan terbang itu mula beroperasi pada tahun 1998, masalah seumpama itu tidak pernah berlaku. Kegagalan Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang itu pada Rabu lalu telah menyebabkan puluhan penerbangan tertangguh, manakala ribuan penumpang terpaksa menghadapi kesukaran dengan beratur panjang di kaunter-kaunter daftar masuk selain masalah di kaunter-kaunter imigresen. Malah, kejadian itu juga turut menjejaskan fungsi utama seperti sambungan Wi-Fi, sistem paparan maklumat penerbangan (FIDS)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya