KUANTAN 23 Ogos – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menjadi agensi penguatkuasa pertama di negara ini melaksanakan proses pengimejan digital bagi sijil nikah, cerai dan rujuk. Proses itu dilakukan dengan kerjasama Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) yang dimulakan awal tahun ini. Pengarah JAIP, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Tahar berkata, kini penyimpanan data-data atau rekod lama perkahwinan perceraian dan rujuk masyarakat Islam negeri ini dapat disimpan dalam satu pangkalan data…