KUALA LUMPUR 13 Ogos – Selepas terkeluar daripada Grand Prix Austria semalam akibat kemalangan, pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah disahkan bebas daripada kecederaan serius dan bersedia untuk kembali dalam Grand Prix Britain di Silverstone pada 25 Ogos ini. Hafizh, 25, terpaksa dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas mengalami gegaran di kepala akibat terlibat dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Spielberg. Bagaimanapun pelumba negara itu akhirnya dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani pembedahan kecil, malah disahkan bersedia untuk kembali ke trek, dua minggu dari sekarang. “Hafizh sudah dibenarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya