PUTRAJAYA – Gangguan capaian sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah pulih sepenuhnya di seluruh negara sekali gus membolehkan transaksi berfungsi seperti sedia kala. JPJ menerusi satu notis pemberitahuan berkata, transaksi di semua kaunter seluruh negara, JPJ mobile dan perkhidmatan secara atas talian (online), pejabat Pos, myEG serta rakan niaga kembali berfungsi seperti biasa. Terdahulu, JPJ menerusi notis pemberitahuan memaklumkan bahawa sistem mySIKAP mengalami gangguan capaian bermula pukul 11.30 pagi tadi disebabkan masalah teknikal dan keselamatan. Katanya, sepanjang tempoh tersebut sebarang urusan transaksi perkhidmatan JPJ mengalami gangguan di semua kaunter…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya