BUAT sesetengah artis, mengupah seorang pengurus merupakan satu hal yang mustahak, terutama untuk mengelolakan hal karier dan juga kewangan. Namun, menurut pelakon Farah Nabilah, walaupun kerjaya seninya sedang berjalan dalam laluan yang betul, segala urusan mengenai dunia lakonan atau beberapa perkara lain diuruskan sendiri. Pemilik nama penuh Farah Nabilah Saipuddin itu berkata, dia berasa bebas tanpa terikat dengan arahan pengurusan dan yakin dapat menguruskan kerjaya hanya dengan meminta pandangan ikhlas…










