IPOH 11 Ogos – Kerajaan negeri menafikan Terminal Bas Medan Gopeng di sini telah beroperasi semula seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Paul Yong Choo Keong berkata, stesen yang dimaksudkan ialah Bangunan Silveritage Medan Gopeng. Menurutnya, bangunan itu tidak diwartakan sebagai terminal bas ekspres. “Hanya ejen-ejen jualan tiket bas yang dibenarkan oleh tuan punya bangunan…










