KUALA LUMPUR 27 Ogos- Malang tidak berbau. Itu nasib seorang lelaki yang terkena tembakan rakannya ketika sedang memburu di kawasan hutan di Padawan, Kuching, Sarawak, semalam. Difahamkan, mangsa, Wilco William, 35, masuk ke hutan bersama lima rakannya dan mereka dikatakan berpecah serta berjanji untuk berjumpa di satu lokasi. Menurut sumber, suspek berusia 63 tahun itu tertembak mangsa di perut menggunakan senapang patah kerana disangka haiwan buruan. “Suspek yang menyedari kejadian itu kemudian terus mendapatkan bantuan daripada rakan yang lain untuk membawa mangsa keluar dari dalam hutan. “Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya