WANITA berusia 100 tahun itu kini hanya mampu terbaring kaku. Anak matanya meliar memandang ke kiri dan ke kanan seperti mencari sesuatu yang hilang. Tubuh tuanya kelihatan begitu lemah tidak berdaya. Kulitnya pula berkedut dan kendur di mamah usia. Setiap hari, wanita yang dipanggil opah itu hanya mengerang kesakitan menanti ajal yang tidak kunjung tiba. Menurut cucunya yang dikenali sebagai Nani (bukan nama sebenar), 25, neneknya berada dalam keadaan begitu…