KUANTAN 30 Ogos – Kelab motosikal berkuasa tinggi, Daz Bikers menyertai sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 peringkat negeri yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1) di sini esok. Penaung Daz Bikers, Datuk Zuhairi Ab. Kadir berkata, sebanyak 100 buah motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam perarakan sempena sambutan berkenaan. “Penyertaan Daz Bikers bagi menunjukkan perasaan sayang terhadap negara tercinta ini selain menghargai keamanan yang kita kecapi sejak 62 tahun lalu. “Kami menyertai sambutan Hari Kebangsaan bukan sahaja kerana memberi kepuasan malah dapat menyemarakkan semangat patriotik,” katanya di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya