KUALA LUMPUR – Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa beliau membelanjakan RM3.3 juta untuk tujuan memberi hadiah kepada isteri bekas perdana menteri Qatar, pada 2014. Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Husain, 54, berkata demikian ketika disoal peguam Farhan Read pada hari ke-57 perbicaraan kes Najib yang…