TUMPAT – Cubaan dua tekong termasuk seorang warga Thailand untuk menyeludup 100 ekor babi hutan bernilai RM74,000 ke negara jiran gagal selepas mereka ditahan bersama karkas haiwan tersebut di dua pengkalan haram di sini hari ini. Kedua-dua suspek berusia 50-an itu ditahan Pasukan Operasi Marin, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pengkalan Kubor dalam dua serbuan berasingan pada pukul 2.40 pagi dan 7.30 pagi. Terdahulu, karkas hidupan liar itu diperolehi dari Terengganu kira-kira 150 kilometer sebelum dibawa ke pengkalan itu dengan menggunakan kenderaan tertentu. Pengarah JKDM Kelantan, Mohd. Rakbi Mat Saud berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya