TEMERLOH 29 Ogos – Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB) bersedia turun padang menyanggah tindakan pihak tertentu membantah pelaksanaan tulisan Jawi dan seni khat di sekolah sehingga ada yang mahu menyakinkan ibu bapa untuk berhenti menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebagai tanda protes. Presidennya, Muhd. Fadhli Jusoh berkata, campur tangan pihak luar yang memprotes tulisan Jawi dan seni khat menggambarkan kecetekan mereka tentang Perlembagaan Negara. Katanya, demontrasi aman mempertahankan Kementerian Pendidikan akan diadakan di pekarangan Hotel Summit, Kuala Lumpur pada 5 Oktober sempena mesyuarat agung kesatuan itu. “Tindakan mahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya