SEREMBAN 29 Ogos – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terperangkap hampir setengah jam di dalam bilik air di rumah keluarganya di Taman Hijayu 3, Sendayan dekat sini malam tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd. Syazwan Saidy berkata, kanak-kanak tersebut, K. Varsana terperangkap di dalam bilik air itu selepas merajuk akibat ditegur oleh ibunya berusia 41 tahun kira-kira pukul 11.30 malam. “Ibunya yang juga suri rumah telah menegur anak perempuannya itu selepas kanak-kanak itu berkelahi dengan adik-beradiknya menyebabkan dia merajuk. “Beberapa minit kemudian abangnya mendengar tangisan Varsana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya