JERANTUT 19 Ogos – Penduduk Felda Tekam Utara, Felda Sungai Tekam, Felda Gelanggi dan Ibul Tunggal dekat sini tertanya-tanya bilakah kerajaan akan meneruskan projek menaik taraf Jalan Persekutuan Lama ke Simpang Jengka 8 yang terbengkalai sejak 20 tahun lalu. Projek sepanjang 15 kilometer itu beberapa kali terbengkalai sehingga menyusahkan penduduk untuk berulang-alik di laluan berkenaan. Malah terdapat projek jajaran baharu yang dibina dan gagal disiapkan sebelum ini termasuk beberapa pembetung besar yang dibiarkan tersadai di tepi jalan sehingga boleh mengundang kemalangan sekiranya kenderaan terbabas. Senario berkenaan turut mengundang ketidakselesaan pemandu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya