AMPANG JAYA – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Nadzri Siron meninggal dunia akibat penyakit leukemia di Hospital Ampang di sini hari ini. Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.19 malam tadi. Anak keduanya, Shahirah Nadzri berkata, arwah bapanya dikesan menghidap penyakit leukemia pada Februari lalu selepas mengadu sesak nafas. Katanya, arwah menjalani rawatan kemoterapi buat kali ketiga pada 18 Julai lalu kerana masalah darah putih kembali tidak normal, namun daya tahan badannya tidak kuat. “Sebelum ini dia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya