Bayi pengarah filem tersedak susu - Utusan Malaysia

Bayi pengarah filem tersedak susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Ogos- Polis akan memanggil pemilik pusat penjagaan ibu dan anak bagi membantu siasatan insiden bayi kepada seorang pengarah filem yang tersedak susu dalam kejadian di Taman Tun Dr. Ismail di sini, Ahad lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ya, saya sahkan ada menerima laporan tersebut dan akan panggil pemilik pusat itu untuk diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, bayi lelaki berusia dua minggu yang juga anak kepada pengarah filem itu terselamat dan kini menerima rawatan di Unit Penjagaan Rapi Neonatal (NICU) sebuah hospital swasta di Damansara dekat sini.

Jelas sumber, kejadian berlaku pada pukul 1.30 pagi apabila lelaki terbabit yang sedang tidur di bilik penginapan di pusat itu bersama isterinya, dikejutkan jururawat yang meminta dia ke bilik kecemasan.

“Dia kemudian melihat wajah anaknya kebiruan dan terus membawa mangsa ke sebuah hospital swasta.

“Mujur pihak hospital berjaya mengeluarkan susu yang berada di dalam paru-paru anaknya sebelum dia ditempatkan di NICU untuk rawatan lanjut,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×