BARCELONA 30 Ogos – Hajat Neymar untuk kembali ke pangkuan Barcelona semakin hampir menjadi kenyataan selepas Paris Saint-Germain (PSG) bersetuju dengan tawaran ‘hebat’ yang dikemukakan gergasi bola sepak Sepanyol itu. Menurut BBC Sport, Barcelona menawarkan 182 juta pound (RM934 juta) beserta tiga pemain – Ivan Rakitic (tengah), Ousmane Dembele (penyerang) dan Jean-Clair Todibo (pertahanan) secara pinjaman semusim. Selepas berminggu-minggu rundingan gagal mencapai penyelesaian, tawaran terbaharu Barcelona itu akhirnya dipersetujui oleh PSG. Kedua-dua pihak bertemu di Paris sejak Selasa lalu untuk cuba memeterai, perjanjian. “Barcelona dan PSG bagaimanapun berdepan satu lagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya