KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menghadiahkan lima unit Perodua Myvi 1.3 liter automatik dan 85 baucar petrol bernilai RM500 setiap satu kepada pelanggan produk Pembiayaan Peribadi-i terpilih sempena penganjuran Kempen Hari Guru dan Jururawat 2019. Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, penganjuran kempen berkenaan merupakan salah satu usaha bank itu dalam memberi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan yang diberikan kedua-dua tenaga kerja tersebut kepada masyarakat. “Para guru dan jururawat adalah golongan yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Oleh itu, penganjuran kempen ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya