Penyanyi kelahiran Malaysia yang membina nama di Indonesia, Baby Shima tidak menyangka teguran ikhlas terhadap vokal Datuk Aliff Syukri dalam single terbaharu berjudul Cowok Baru menerima reaksi negatif usahawan itu. Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 27, yang popular sebagai penyanyi dangdut di negara seberang memberitahu, dia tergerak hati membuat teguran tersebut selepas Aliff meminta pengikut Instagramnya memberi komen jujur dalam menilai lagu berkenaan. Menurut Baby Shima, muzik dan melodi lagu berkenaan sudah cukup bagus namun sayangnya, vokal Aliff dirasakan seperti tidak sesuai dengan lagu bergenre dangdut tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya