ZHUHAI 8 Ogos – Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Azlan Shah Kamaruzaman menerima berita gembira menjelang saingan Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2019 di Litar Antarabangsa Zhuhai (ZIC) minggu ini. Azlan yang kini berada pada prestasi terbaik kelas ASB1000cc bakal mendapat semangat baharu selepas BMW Motorrad tampil secara rasmi sebagai pendokong pasukan ONEXOX TKKR SAG Team. Dengan perkembangan tersebut, Azlan bakal memiliki sokongan sepenuhnya daripada kilang pengeluar jentera BMW itu yang sebelum ini mengharungi tiga pusingan sebagai pasukan persendirian tanpa mendapat sokongan daripada pihak pengeluar. “Sokongan daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya