TBILISI 28 Ogos – Seorang atlet angkat berat dari Georgia, Giorgi Rostomashvili baru-baru ini mempamerkan kehebatannya apabila berjaya menarik sebuah bot seberat 200 tan dengan hanya menggunakan jari hantunya. Portal Oddity Central melaporkan, sebuah rakaman video yang tular merakamkan Rostomashvili sedang memegang tangga logam bagi membantunya menarik bot ‘Tamara 2’ dengan jari hantunya. Selain membantunya menarik bot itu, tangga tersebut turut menghalangnya daripada diseret masuk ke air dalam kejadian di pelabuhan Batumi, Ahad lalu. Video berdurasi 40 saat itu bagaimanapun telah disunting sehingga tidak memaparkan keseluruhan aksi lagak ngeri berkenaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya