GUA MUSANG – Seorang anak penoreh getah di Kampung Limau Kasturi di sini terharu apabila kisah kesusahannya menjaja petai bagi mendapatkan wang untuk belajar di universiti mendapat perhatian dan bantuan ramai pihak dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Muhammad Izzat Amran Ibrahim, 20, berkata, dia bersyukur dengan bantuan yang diterima dan tidak sabar untuk mendaftar sebagai mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2 September ini. Katanya, sebelum ini pada 27 Ogos lalu, dia telah menghantar surat untuk menangguhkan pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Bangunan. Bagaimanapun, Muhammad Izzat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya