PERBUATAN mengibar Jalur Gemilang terbalik sempena menyambut Hari Kebangsaan ke 62 kian menjadi-jadi kebelakangan ini. Mengapa ada yang berani bersikap tidak menghormati bendera negara yang berdaulat ini? Bendera merupakan lambang kedaulatan sesebuah negara. Sama juga banyak organisasi mempunyai bendera sendiri sebagai simbol keunggulan mereka. Jika mereka yang terbabit turut hadir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada setiap malam 31 Ogos, tahukah mereka apa signifikan perhimpunan tersebut. Sikap golongan sebegini membuatkan saya tertanya-tanya apakah agaknya perasaan mereka apabila menyaksikan Jalur Gemilang dikibarkan di puncak gunung Everest pada 23 Mei 1997? Jika perlakuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya