Al-Quran Telaga Biru lulus KDN - Utusan Malaysia

Al-Quran Telaga Biru lulus KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kosmo! Online memohon maaf atas kesilapan gambar dalam penyiaran berita bertajuk ‘Hampir 3,000 naskhah Al-Quran, Muqaddam tiada kelulusan dirampas’ bertarikh 28 Ogos 2019. Terdapat kesilapan gambar yang menggunakan sebuah al-Quran terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. yang tidak sepatutnya berlaku. Siaran berita tersebut tiada kaitan dengan mana-mana naskhah al-Quran terbitan syarikat berkenaan. Selain itu, naskhah al-Quran itu juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri. Pihak editorial Kosmo! Online telah memadam siaran berita berkenaan bagi mengelakkan sebarang salah faham kepada semua pihak. – K! ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN