KUALA LUMPUR 30 Ogos – Bagi menampung operasi yang semakin berkembang, AirAsia X mengesahkan tempahan sebanyak 12 buah pesawat A330neo dan 30 buah pesawat A321XLR. Tempahan itu dibuat menerusi pengeluar pesawat terkemuka Perancis, Airbus. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, jika digabungkan bersama, kedua-dua model pesawat itu adalah gandingan terbaik untuk pihaknya menjalankan operasi jarak jauh kos rendah. Katanya, ia memberi kelebihan kepada kumpulan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan selaku peneraju pasaran dalam sektor penerbangan. Beliau malah memberitahu, tambahan pesawat ini juga membolehkan kumpulan meneroka destinasi-destinasi baharu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya