KUALA LUMPUR 28 Ogos – AirAsia Bhd. melancarkan kempen Perjalanan Anda, Dedikasi Kami meraikan perpaduan rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, kekuatan Malaysia adalah pada rakyat dan kepelbagaiannya. Katanya, pada tahun ini, AirAsia ingin menunjukkan bahawa kepelbagaian ini adalah kekuatan kumpulan, walaupun kita semua berbeza. “Dalam erti kata lain, AirAsia adalah seperti sebuah negara kecil di mana Allstars daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang berganding bahu untuk memastikan kejayaannya seperti hari ini.” “Bagi meraikan Hari Kebangsaan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya