Adam dan Firdaus terpilih sertai AEC - Utusan Malaysia

Adam dan Firdaus terpilih sertai AEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Dua pelajar sekolah, Adam Alif Mustafa dan Muhammad Firdaus Amirrudin masing-masing terpilih untuk merasai pengalaman sekali dalam seumur hidup untuk menjadi sebahagian daripada Kem Allianz Explorer (AEC) – Edisi Bola Sepak di Munich, Jerman dari 22 hingga 27 Ogos.

Pemilihan Adam Alif, 16 dari SMK Ahmad, Pekan Pahang dan Muhammad Firdaus dari SMK Khir Johari di Sungai Petani, Kedah dibuat selepas mereka mengagumkan legenda FC Bayern Munich, Ivica Olic dan pelatih belia FC Bayern, Thomas Dllner dalam aksi AEC – Edisi Bola Sepak di Singapura baru-baru ini yang juga pertandingan peringkat pertengahan untuk mencungkil bakat bola sepak terbaik Asia.

“Saya tidak fikir saya akan dipilih kerana saya tercedera semasa latihan terakhir. Saya gembira. Saya telah mencuba yang terbaik dan saya telah berjaya ke AEC di Munich.

“Saya tidak sabar untuk bertemu pemain FC Bayern, saya juga berharap dapat mempelajari kemahiran taktikal dan membawa pengetahuan itu kembali ke Malaysia dan merealisasikan impian saya menjadi pemain profesional,” menurut Adam dalam kenyataan yang dikeluarkan Allianz Malaysia Berhad, hari ini.

Muhammad Firdaus yang turut menyatakan perasaan yang sama berbangga dan teruja untuk ke Munich

“Saya berterima kasih kepada semua rakan sepasukan dan jurulatih saya dan sudah tentu keluarga saya sentiasa menyokong saya,” katanya.

Allianz, syarikat insurans yang berpangkalan di Jerman adalah penaja platinum dari Bayern Munich.

Semasa berada di Munich, kedua-dua pemain akan menjalani impian bola sepak utama kerana mereka akan mendapat peluang untuk berlatih dengan jurulatih FC Bayern Munich di tempat latihan Saebener Strasse yang terkenal dan meneroka aktiviti lain di luar bola sepak.

Edisi bola sepk AEC di Singapura, yang diadakan dari 23 hingga 26 Julai, dihadiri oleh 43 remaja berusia antara 14 dan 16 tahun dari Malaysia, China, Indonesia, Laos, Filipina, Sri Lanka, Taiwan dan Singapura.

Hanya 18 dari 43 peserta dipilih untuk menyertai kem AEC di Munich. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×