BESUT 30 Ogos – Seramai 50 peserta mengharungi cabaran motosikal lasak, Merdeka Endurance Cup Cross Tertutup Besut yang diadakan di Lay Out Padang Luas, Jerteh dekat sini hari ini. Pengurus acara, Mat Aseri Ismail berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan menggalakkan penyertaan golongan belia dalam aktiviti lasak sempena sambutan Hari Kebangsaan. Katanya, penglibatan seumpama itu penting bagi melahirkan generasi muda yang aktif dan sihat sebagai pemimpin dan peneraju masa depan. “Litar yang disediakan mempunyai laluan berlumpur, berlopak serta halangan untuk menguji kemahiran dan pengalaman peserta dalam mengharungi cabaran.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya