PUTRAJAYA – Seramai 445,641 orang calon telah mendaftar untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di 8,076 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 4 hingga 12 September depan. Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, seramai 434,177 mendaftar sebagai calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 11,464 calon sekolah swasta. “Semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan UPSR 2019 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan, arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung. “Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun melalui laman web Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya